Dihantar Oleh Pada 15 April, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sebungkus bihun (500 gram)
Description

resipi sendiri, sesuai untuk sarapan pagi hujung minggu...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun (500 gram)
  • Bahan kisar:
  • 20 biji cili padi (ikut selera masing-masing, boleh kurangkan atau tambah)
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu makan udang kering (direndam dahulu)
  • sedikit belacan (sebesar ibu jari)
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan tambahan:
  • 2 cawan mixed vegetables
  • 2 biji telur
  • sedikit daun bawang
  • minyak masak secukupnya
  • 1/2 cawan sos tomato
  • garam & perasa secukupnya
Cara-cara
  1. Rendam bihun hingga lembut & toskan (saya rendam sebelum tidur malam, bangun pagi keesokannya senang nak buat)

  2. Bahan kisar dikisar dengan minyak, nanti tak payah tumis dengan minyak

  3. Lepas kisar, panaskan kuali, masukkan bahan yang dikisar. Sebab tadi dah dikisar dengan minyak, tak payah la tambah minyak...

  4. Kacau bahan tumis dengan suhu rendah hingga masak

  5. Pecahkan telur ke dalam kuali, biar telur agak pejal barulah dikacau bersama.

  6. Masukkan bihun, mixed vegetables, sos tomato & kacau...

  7. Garam & perasa... kacau hingga masak, taburkan daun bawang... bolehlah dihidang...

Komen