Resepi Nasi Jagung Simple

 Dihantar Oleh Pada 15 April, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Simple & cepat disediakan..^_^

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji bawang besar - saiz kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sb margerin @ butter
  • 1sb serbuk pati ayam
  • 1 tin kernel corn - buang airnya (saya guna Ayam Brand)
  • 1 batang serai
Cara-cara
  1. basuh beras, masukkan air dan susu, ketepikan.

  2. mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia.

  3. masukkan margerin @ butter ke dalam kuali dan tumis serai yg diketuk,kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih serta bahan yg dimayang halus tadi hngga kekuningan.

  4. setelah itu, masukkan bahan yang ditumis bersama serbuk pati ayam kedalam periuk nasi

  5. masak nasi seperti biasa. setelah air kering, masukkan jagung dan kacau rata. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

  6. selamat mencuba ^_^

Komen