Dihantar Oleh Pada 10 April, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org makan
Description

Kegemaranku sejak kecik...air tangan ibu la katakan :)...tp hr ni terpaksa buat sendiri sbb teringin bila tgk pucuk ubi Rahel :))

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ikat pucuk ubi (petik daun yg muda sahaja)
  • RM2 (sepiring) terung berembang/belanda
  • 2 kuntum bunga kantan (sepatutnya menggunakan umbut pokok kantan)
  • 300g santan pekat atau dari sebiji kelapa
  • 5 biji bawang merah
  • 10 biji cili padi (ikut selera)
  • Segenggam ikan bilis
  • Sebatang serai (di titik)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam & gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Pucuk ubi & terung berembang/belanda di tumbuk kasar. Kemudian di rebus hingga bertukar menjadi warna kuning

  2. Masukkan bunga kantan yg di hiris halus

  3. Tumbuk bawang + cili + ikan bilis kemudian masukkan ke dalam periuk pucuk ubi tadi bersama2 santan, serai & serbuk kunyit.

  4. Akhir sekali sesuaikan rasa garam & gula.