Resepi Tart Nenas /nona Kakbesah

 Dihantar Oleh Pada 09 April, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: dlm 120 biji
Description

sbenarnya tat nenas, tp,,bentuknya seakan buah.. xpasti buah apa yg sewaktu dgn nya.. buah salak ke, durian ke nona.. blasah je lah, janji sedap & menarik. ramai yg order utk hantaran...

Share:
Bahan-bahan
  • utk jem nenas;
  • 3 biji nenas besar - diparut, diletak dlm penapis supaya kurang airnya. xpayah ditekan, biar ia menitik sndiri.
  • 3 cawan gula pasir (cwn kopi zaman dulu tu..)
  • 1/2 sudu teh garam & 1 sudu teh cuka
  • utk pastry;
  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 biji kuning telur - dipukul dgn garfu
  • 4 sudu makan air paip & 1 sudu teh pewarna kuning
  • 2 - 21/2 buku butter(500g - 625 g) atau lebih (tkut nk kena tmbah plk nnti..
  • *kuning telur utk disapu di atasnya*
  • kederat, semangat & kerajinan tahap maximum..hehe..
Cara-cara
  1. dlm kuali, masak nenas parut hingga kering airnya, pastu masukkan gula, garam & cuka. sentiasa kacau hingga menjadi jem yg kental ala2 inti kuih koci gitu..

  2. masukkan dlm bekas bertutup & simpan dlm fridge. supaya mudah utk digentel nnti.

  3. dlm mangkuk kecil campur sebati telur, air paip & pewarna kuning. ketepikan.

  4. dlm bekas besar, ayak tepung gandum, tepung jagung & gula icing, campurata2. campurkan pula butter, gaul ramas dgn hujung jari, tambah butter hingga agak2 bila dikepal bleh melekat.

  5. basahkan doh dgn memasukkan campuran telur + air + pewarna tadi. uli perlahan hingga menjadi doh yg lembut & bleh dibentuk. tambah butter lagi jika perlu.

  6. masukkan doh dlm plastik & rehatkan dlm fridge sehingga diperlukan.

  7. ~pada satu hari yg indah & damai.. bleh la buat kuih tart...~

  8. mula2 keluarkan doh pastry dari fridge & biar kpd suhu bilik.

  9. lepastu keluarkan pula jem nenas dari fridge & sejuk2 tu terus digentel bulat2 kecil hingga habis - ketepikan.

    open-uri20151010-29872-xpx0q
  10. ambil sedikit doh 2 kali ganda besar bulatan jem tadi, bulat2kan, pastu leperkan, masukkan jem, kelim kemas & bentukkan agak bujur.

    open-uri20151010-29872-t4ec30
  11. gunting bentuk v dari atas ke bawah secara selang seli. buat sampai habis. susun atas dulang pembakar yg tlh disapu mentega.

    open-uri20151010-29872-go1c3z
  12. panaskan oven 145'c. sapu kuning telur atas tart, letak sebiji coklat cip knon2 sbagai tampuk /batang.

    open-uri20151010-29872-1urvobz
  13. bakar hingga masak lbehkurang 30 - 40 minit.

    open-uri20151010-29872-1prmnps
  14. opps lupa.. air tapisan nenas jgn dibuang, didihkn bersama gula pastu simpan dlm esbox. bleh dijadikan jus nenas. campurkan ais secukup rasa... nyamann & menyegarkan..

Tags 
  •   tart