Resepi Kuih Kemplang Atau Getas

 Dihantar Oleh Pada 09 April, 2011
Kategori:  Kuih
Masa penyediaan: 
Hidangan: anggaran dlm 20-30 biji(bergantung pada saiz)
Description

resepi org dulu-dulu...org dulu-dulu buat x perlu sukat2...tapi kuih ni mesti jadi punya la...senang dan mudah...

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan kelapa parut(putih saja)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
  • *1/2 cawan gula(utk menyira)
  • 2 - 3 sudu besar air(utk menyira)bahan bertanda * adalah untuk menyira..
  • Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
  1. campurkan tepung pulut, tepung gandum dan kelapa, gaul rata...

  2. campurkan garam dan air, masukkan dalam adunan tepung dan kelapa tadi...uli perlahan sehingga mendapat doh yg lembut..jika terlalu lembut boleh tambahkan tepung...

  3. bentukkan adunan lonjong2 dan leper, jgn terlalu besar, jgn terlalu keci, jgn terlalu tebal..tebal agak2 1 cm je...buat sehingga habis...goreng sehingga warna kuning keemasan...api haruslah sederhana untuk memastikan kuih tidak meletup..

  4. setelah semua kuih siap digoreng...dalam kuali lain masukkan gula dan air...biarkan sehingga mendidih dan berbuih...api mestilah jgn terlalu kuat kerana gula akan cepat hangit. apabila gula telah hancur masukkan kuih tadi dan gaul rata, biarkan semua gula meyelaputi kuih dan apabila air gula kering ttp api dan hidangkan..