Dihantar Oleh Pada 29 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 30 biji- mini size
Description

Idea dari <a href="http://www.myresipi.com/top/detail/1386" target="_blank">strawberry muffin cik mat</a>.. takde emulco.. yang ada hanya strawberi.. terpaksa ubah dari resipi muffin yang ada.

Share:
Bahan-bahan
  • 120g mentega
  • 140g gula perang
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur - saiz L ( pukul dengan garpu tapi tak perlu kembang)
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 120ml susu segar
  • 10-12 biji strawberi
  • 100g chip coklat
Cara-cara
  1. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.

  2. Masukkan pula gula sikit demi sedikit. Pukul sehingga jadi putih.

  3. Lepas tu masukkan telur, sedikit demi sedikit sambil dipukul.

  4. Kemudian masukkan 1/3 tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik. Kacau.

  5. Masukkan pula 1/2 susu segar, kacau. Ulang lagi dengan 1/3 tepung. Kemudian susu sampai habis.

  6. Akhir sekali masukkan strawberi yang telah dibelah 4 dengan chip coklat. Kacau biar semuanya bergaul rata.

  7. Lepas tu bolehlah ceduk ke dalam acuan muffin. Isikan penuh acuan muffin. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180C.

    open-uri20151010-29872-li0c70