Resepi Tiramisu French Style

 Dihantar Oleh Pada 31 March, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-8
Description

resepi ini pulak, saya pelajari dari ex bf saya punye mak yang berbangsa perancis. seperti kita semua ketahui,desserts perancis adalah terbaik di seluruh dunia. so selamat mencuba!

Share:
Bahan-bahan
  • 4-6 biji kuning telur ( ikut saiz telur)
  • 3/4 cawan gula halus ( tapi pada saya, terlalu manis. saya kurangkan kepada 1/2 cawan)
  • 1 cawan krim nestle
  • 250 gram mascarpone(ini bahan terpenting)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar susu segar
  • kopi hitam tanpa gula
  • biskut ladyfinger( ini biskut jenis saiz jari)
  • serbuk cocoa
Cara-cara
  1. pukul kuning telur dan masukkan gula, susu,krim,mascarpone dan esen vanilla. kacau sebati.

  2. menurut ex bf saya, campuran tadi haruslah dipanaskan dengan api yang kecil untuk 1 minit tapi saya tak lakukan ini sebab campuran itu dah cukup sebati. tapi pada yang nak panaskan, silakan..

  3. rendamkan biskut ladyfinger ke dalam kopi hitam.

  4. terpulang kepada anda untuk gunakan gelas kecil seperti saya ataupun loyang

  5. lapisan pertama haruslah mulakan dengan biskut ladyfinger yang direndam kopi tadi. kemudian lapisan kedua ialah campuran mascarpone. ulang lapisan dan habiskan dengan lapisan mascarpone sebagai lapisan terakhir.

  6. tutup loyang ataupun gelas dan masukkan ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4 jam

  7. sebelum hidang, taburkan sedikit serbuk cocoa ke atasnya. enjoy---

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua