Resepi KEK KEJU STRAWBERI

 Dihantar Oleh Pada 29 March, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 6 orang
Description

hmmm...lemak.

Share:
Bahan-bahan
  • 250g krim keju
  • 300ml whipping cream
  • 150g gula pasir-kisar halus
  • 5 biji telur-ambil yg kuning telur sahaja
  • 8 buah strawberi(6 dipotong kecil2,2 di hiris nipis)
  • 1 st esen strawberi
  • 20g gelatin halal
  • 60ml air panas
  • acuan spring foam 9"
  • kek span strawberi 9"
Cara-cara
  1. Alas acuan dg aluminium foil/kertas serap minyak.Kemudian letakkan kek span strawberi dlm acuan.

  2. pukul krim keju dan gula sehingga lembut,tambahkan esen strawberri,kacau rata,ketepikan.

  3. pukul telur hingga lembut berkrim,kemudian panaskan dg cara double boil,kacau dg pantas,angkat,masukkan ke dlm adunan keju.kacau rata.

  4. bancuh gelatin dg air panas,panaskan dg cara double boil hingga larut.angkat,tuang ke dlm adunan keju,kacau perlahan hingga adunan sejuk.ketepikan.

  5. pukul whipping krim sehingga kembang dan pekat,masukkan ke dlm adunan keju,tambahkan potongan strawberi,kacau sedikit.

  6. ambil acuan,susun hirisan strawberi di tepi acuan,kemudian masukkan adunan keju tadi.sejukkan selama 4 jam dlm peti sejuk.

Tags 
  •   kek
  • Komen