Resepi Donat Jagung

 Dihantar Oleh Pada 26 March, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 30 biji
Description

Resepi donat daripada kakak ipar. Donat lembut, lemak dan juicy.Mudah disediakan.........tak perlu canai pun.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg tpg gandum
  • 1/2 paket yis mauripan (6 gm)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • 2 biji kentang direbus dan dilecek.
  • 1/2 tin jagung manis krim(sweet corn cream) Ayam Brand atau apa2 je.
Cara-cara
  1. Rendamkan yis dlm air suam dan susu pekat.Biarkan sebentar hingga yis kembang.

  2. Letakkan tpg gandum dlm dulang/talam besar.Masukkan gula dan garam.Gaulkan.

  3. Masukkan mentega dlm tpg tadi.Gaul sehingga sekata dan menjadi breadcrumbs.

  4. Masukkan ubi kentang , jagung manis dan gaul sekata.

    open-uri20151010-29872-71t3bl
  5. Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit sambil mengaul dan menguli adunan.

  6. Uli sehingga tidak melekat di tangan dan doh jadi licin.

  7. Ambil sedikit adunan doh,leperkan,tarik ke belakang dan jadikan bulat-bulat kecil. Rehatkan sebentar/biar kembang.

  8. Buat lubang di tengah dgn jari dan jadikan bentuk cincin.

  9. Gorenglah dlm minyak yg telah dipanaskan dgn api perlahan. Guna lidi sate utk membalik dan mengangkat donat.

  10. Salut dgn gula halus atau gula aising setelah donat sejuk.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua