Dihantar Oleh Pada 25 March, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9 inc
Description

menambah rcp kek marble dgn menggunakan dulce de leche rcp yang dikongsi bersama oleh beldandy....akak sertakan juga 1 lagi cara untuk membuat dulce de leche... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan mentega/majerin (akak guna 1 buku mentega)
  • 1/3 cawan padat gula perang
  • 1 cawan dulce de leche
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 4 biji telur besar - dipukul ringan
  • 100 g coklat masakan - cair
Cara-cara
  1. Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.

  2. Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.

    open-uri20151010-29872-zzozkk
  3. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.

  4. Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.

    open-uri20151010-29872-hpx9kx
  5. Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.

    open-uri20151010-29872-17kwnh6
  6. Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

    open-uri20151010-29872-60nort
  7. Cara DULCE DE LECHE yang dibakar dlm oven :-

  8. Tuang susu manis ke dalam mangkuk tahan panas dan alas dengan loyang yang lebih besar.

    open-uri20151010-29872-1ijnu7d
  9. Tutup mangkuk yang berisi susu dengan aluminium foil rapat2. Bakar cara water bath selama 1 1/2 - 2 jam dengan menuang air panas ke dalam loyang yang besar tadi hingga paras 1/2 mangkuk berisi susu.

    open-uri20151010-29872-1t7605k
  10. Pastikan air panas ditambah lagi sekiranya hampir kering.

  11. Kacau dulce de leche hingga rata dan sejukkan.

    open-uri20151010-29872-1axixo5
  12. ***Cara2 mengadun kek boleh dibuat seperti kek marble biasa...pukul mentega dgn gula dulu baru masukkan telur juga esen diikuti dgn DDL dan akhir sekali masukkan tepung seterusnya dibahagi 2 untuk memarblekan adunan... :)