Dihantar Oleh Pada 26 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: Bergantung pada saiz acuan masing2
Description

Comel, cantik dan menawan.........

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Pastri:
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • Bahan Krim Pastri:
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung* (*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanila dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • Bahan Lain:
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau 'piping jelly' (kalau suka)
Cara-cara
  1. Pastri: Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan pemukul hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yang lembut. Bungkus dengan plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

  2. Krim pastri: Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yang telah diayak. Kacau menggunakan pemukul hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yang bertutup dan tutup rapat.

    open-uri20151010-29872-d0t98h
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan-lahan alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk-cucuk permukaan kulit tat dengan garpu.

    open-uri20151010-29872-1v1opdj
  4. Masukkan acuan tat yang telah diisi dengan doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning keemasan.

    open-uri20151010-29872-c53a5q
  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan di atas redai.

    open-uri20151010-29872-klm8xz
  6. Sapukan bahagian dalam kulit tat dengan sedikit coklat cair.

    open-uri20151010-29872-x6ij8x
  7. Paipkan dengan krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing-masing.

    open-uri20151010-29872-d3s1f4
  8. Susun buah-buahan segar mengikut kreativiti masing-masing....tak kira buahan tempatan atau buahan import....Boleh juga disapu permukaan buah-buahan tadi dengan jem aprikot atau 'piping jelly' untuk nampak lebih berkilat. (Maaflah... saya tak bubuh, sebab dah habis stok).

    open-uri20151010-29872-1l8rlfr
  9. Contoh acuan tat yang saya guna untuk buat tat ni....acuan terpulang pada kehendak masing-masing. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi banyak... Selamat mencuba semua...

    open-uri20151010-29872-1egnts2