Resepi Donat Krim Keju

 Dihantar Oleh Pada 23 March, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Anggaran 35 biji
Description

Resepi donat dari seorg kawan.Cream cheese pula modified dari resepi clair keju (Majalah Rasa)

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 mug penuh air suam
  • 1 bungkus yis Mauripan (11 g)
  • 3 biji telur saiz besar
  • 3 sudu besar gula
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 4 sudu besar mentega
  • (Kalau nak buat 1/2 kg tpg saja, separuhkan semua bahan)
  • Bahan Cream Cheese
  • 250 gm cream cheese(biasa I guna Tartura)
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 sudu besar jus lemon (optional)
Cara-cara
  1. Bancuh yis dgn air suam, gula dan susu tepung dalam mangkuk pengadun. Kacau.

  2. Pecahkan telur dlm sebuah mangkuk dan kepuk perlahan-lahan.Kemudian masukkan dlm bancuhan yis tadi dan diikuti dengan mentega. Kacau.

  3. Masukkan tpg sedikit demi sedikit. Gaul sekata.Tinggalkan segengam dua tepung untuk mencanai nanti.Agak2 adunan lembut,jgn keras kalau tak donat jadi keras dan lambat naik.

  4. Uli sehingga tak melekat di tangan dan licin.

  5. Biarkan doh naik dua kali ganda (1/2 jam)

  6. Uli semula dan tumbuk-tumbuk.Biarkan 1/2 jam lagi.

  7. Canai dan terap guna acuan donat.Biarkan donat naik dulu baru digoreng dan jgn terlampau garing.

  8. Untuk sediakan cream cheese,putarkan krim keju dan gula aising. Masukkan jus lemon.Putar lagi.

  9. Masukkan susu segar dan putar lagi hingga berkrim.

  10. Celupkan donat yg sudah sejuk tadi ke dlm krim keju. Hiaskan dgn coklat rice warna-warni. Sedap dimakan selepas disejukkan dlm peti ais.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua