Dihantar Oleh Pada 26 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family...
Description

Resepi paling senang. Sesuai untuk anak-anak yang tidak pedas.

Share:
Bahan-bahan
  • rm1 ikan bilis (lagi banyak lagi sedap)
  • fish ball dan fish cake secukupnya
  • 6 ulas bawang putih diketuk
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • sawi, taugeh, carrot
  • 1 paket mee kuning
  • telur atau telur rebus
  • minyak
  • cili kicap untuk dimakan bersama mee
Cara-cara
  1. Masukkan ikan bilis di dalam periuk bersama air secukupnya dan rebus hingga mendidih. Angkat dan tapiskan, simpan airnya untuk kuah mee.

  2. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang hingga naik bau. masukkan fishcake dan fish ball. Masukkan stok ikan bilis tadi.

  3. Masukkan sayur- sayuran. Masukkan garam jika perlu dan pecahkan telur jika suka (saya tidak isi, makan dengan telur rebus)

  4. Masukkan mee atau boleh juga dimasukkan kemudian bila nak makan, tapi celurkan mee terlebih dahulu.

  5. Hidangkan bersama cili kicap (bagi mereka yang nak pedas atau yang tidak suka pedas, boleh sediakan kicap manis 1/2 mangkuk kecil, titikkan minyak bijan dan makan bersama mee).