Resepi Ikan Sardin Tin Yang Lebih Sedap!

 Dihantar Oleh Pada 18 March, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1-2 orang
Description

Resepi yang ringkas dan mudah disediakan.Petua : Elakan mengunakan bawang besar biasa,gunakan Bawang Merah Besar lebih sedap n menyelerakan ;-)

Share:
Bahan-bahan
  • 1 Tin kecil Ikan Sardin (brand apa2 pun boleh)
  • 2 Cili Besar (Belah panjang)
  • 1 Bawang Merah Besar (Belah halus)
  • 3 Ulas Bawang Putih (Cincang)
  • 2 Sudu Sos tiram
  • Kicap manis boleh,masin pun boleh (untuk pewarna sahaja)
  • 2 Sudu teh asam jawa tanpa biji
  • Air putih ikut sukatan tin sardin penuh
  • 3 sudu besar Minyak Masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak panas,masukan bawang putih hingga naik wangi (jangan biarkan bawang putih menjadi kuning).Masukan sardin ikan dan pastikan api dapur dikecilkan

  2. Agak2 sardin ikan mendidih,masukkan asam jawa dan air mengikut sukatan 1 tin penuh sardin.

  3. Setelah kuah ikan sardin mulai pekat,masukan sos tiram dan kicap 2 sudu besar kicap manis (masin pun boleh)

  4. Last,masukan bawang merah dan cili besar.Biarkan 2minit dan angkat sebelum bawang merah menjadi lembik (nanti kurang sedap plak) Selamat Mencuba ;-)

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen