Pais Ikan Patin Temerloh

Resepi Pais Ikan Patin Temerloh

 Dihantar Oleh Pada 17 March, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Untuk 2 orang
Description

Masakan tempoyak bagi penggemar patin Temerloh...sesuai makan tengahhari@malam.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin@ikan keli
  • 10-15 biji cili api merah
  • 1 cawan tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup@serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Basuh ikan dan kelar rapat-rapat.

  2. Kisar cili dan kunyit sehingga hancur.

  3. Masukkan tempoyak,garam dan gula. Kisar sehingga sebati. Rasakan garam dan gula.

  4. Hiris halus serai dan daun kunyit. Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.

  5. Letak ikan atas daun pisang. Lumur dengan tempoyak tadi. Balut ikan dengan kemas.

  6. Bakar@kukus ikan sehingga masak.

  7. Sediakan nasi panas...bismillahhirrohmannirrohim...

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua