Resepi Nasi Arab

 Dihantar Oleh Pada 12 March, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org
Description

Nak masak dgn mudah dan sedap. Setakat ni, cara inilah yg paling simple saya dapat! Saya gunakan lebih sup tulang masak semalam....

Share:
Bahan-bahan
  • *1/2kg tulang lembu (kalo ada daging sikit lagi elok!)
  • *2 bungkus sup bunjut adabi
  • *2 biji bawang besar belah 6
  • * garam secukup rasa
  • # 4 ketul ayam/daging
  • # 1 sudu besar rempah beriani
  • 2 cawan beras basmathi special (saya guna brand faiza moghul basmathi super special RM8.90 sekilo kalo tak silap)
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 4 sudu makan minyak sapi untuk menumis
  • 5 biji lada hitam
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah bunjut sup tulang (bunjut dibuka dan dikisar halus dengan kuah sup atau tumbuk halus)
  • 3 cawan sup tulang
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • Pewarna kuning (jika suka)
Cara-cara
  1. *Untuk sup tulang : Rebus semua bahan-bahan bertanda * dengan air (sama macam rebus untuk buat sup tulang laa.....)

  2. # Untuk Ayam/daging : Perap bahan bertanda # selama 30 minit ---Alternatif : Rebus semasa nak tumis sup untuk buat nasi (langkah 5)---

  3. Beras direndam 20 minit dan ditoskan

  4. Panaskan minyak sapi dan tumis lada hitam, pelaga, cengkih, bawang besar, tomato dan rempah bunjut yang telah dikisar sehingga garing.

  5. Masukkan sup tulang dan biarkan mendidih seketika (5-10 minit)

  6. Beras dan ayam/daging perap diselangselikan dalam periuk nasi

  7. Tuang sup yang telah ditumis tadi ke dalam nasi periuk. (Biasanya 2 1/2 cawan @ 3 cawan sup dah mencukupi untuk pastikan nasi ni masak)

  8. Bila dah kering boleh letak warna kuning (macam pewarna nasi beriani) dan biarkan seketika tanpa dikacau/gaul.

  9. Sedia untuk dihidang

Tags 
  •   nasi