Resepi Puding Roti

 Dihantar Oleh Pada 04 July, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Enak dimakan ketika sejuk. Sesuai untuk hidangan petang.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
  1. Potong roti (saiz sesuka hati) dan susun di dalam loyang.

  2. Panaskan susu di atas api (jangan sampai mendidih).

  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.

  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.

  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15 minit supaya roti kembang.

  6. Bakar 20 - 30 minit pada suhu 180 darjah. Kemudian sejukkan.