Resepi Donat

 Dihantar Oleh Pada 07 March, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15 biji
Description

Ringkas dan mudah untuk disediakan

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2kg Tepung gandum
  • 3/4 peket Maripan
  • 2 sudu besar Gula
  • 3 sudu besar Majerin
  • 1 biji Telur
  • Air - agak-agak adunan sampai doh tu sebati dan tak lekat
  • Minyak Masak
Cara-cara
  1. Sediakan tepung 1/2 kg yang telah diayak

  2. Masukkan maripan dan 2 sudu gula dibancuh dengan air suam ke dalam tepung

  3. Diikuti telur 1 biji dan 3 sudu majerin

  4. Gaulkan adunan tadi sehingga menjadi doh

  5. Tinggalkan doh tadi 20 atau 30 minit

  6. Selepas itu, uli lagi doh dan seterusnya bolehlah dibentuk mengikut citarasa masing-masing

  7. Biarkan ia naik dan kemudian bolehlah digoreng

  8. Selepas digoreng salutkan donat tadi dengan gula halus