Dihantar Oleh Pada 20 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: size loyang 22cm / 3''
Description

Resipi turun-temurun....hehehehe

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan (dikisar untuk dijadikan air pandan) - bagi yang tak mudah nak dapatkan daun pandan..boleh digantikan dengan 1 sudu teh esen pandan
Cara-cara
  1. Untuk lapisan bawah:-

  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.

  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.

  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama, sekejap je pon boleh.

  5. D) Satukan semua bahan di dalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.

  6. E) Kukus di atas kukusan yang telah sedia mendidih selama 20-30 minit.

  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.

  8. Untuk lapisan atas:-

  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.

  10. 2) Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dengan air pandan dan dipukul/dikacau lagi...

  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.

  12. 4) Sekali lagi dengan kukus yang sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yang berisi pulut tadi tu....ke dalam kukusan dan dengan perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45 minit atau 1 jam....

  13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betul-betul sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi selamat mencuba!!