Resepi Rendang Daging

 Dihantar Oleh Pada 04 July, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Dapat resepi ni dari kawan. 1st time try.. terus terpikat! Tak kering macam rendang biasa.

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg daging - potong kecil-kecil
  • 2 peket kecil rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa -ambil santannya
  • Garam
  • Gula melaka / gula
  • Sedikit air asam jawa
  • **BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 - 1/2 cm halia
  • 1 - 1/2 cm lengkuas
  • 15 - 20 biji cili kering
  • **BAHAN MAYANG **
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
Cara-cara
  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.

  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.

  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2 - 3 minit. Kemudian masukkan santan.

  4. Bila agak-agak daging sudah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

  5. Bila daging sudah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.

  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.