Dihantar Oleh Pada 19 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Sedap dimakan begitu saja..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 piring nasi
  • 2 keratan ikan masin yang digoreng dan dikisar halus
  • Segenggam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
  • 6 biji cili api dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 biji bawang merah dimayang
  • 5 batang kacang buncis dipotong halus (kacang panjang pun okay)
  • 2 batang serai dipotong halus
  • Sedikit daun selom dipotong halus
  • Sedikit daun pudina dipotong halus
  • Sedikit bunga kantan (kalau ada, saya tak guna sebab takde)
  • Boleh ditambah ulam lain jika ada
  • Sedikit garam dan Ajinomoto
Cara-cara
  1. Panaskan minyak masukkan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukkan semua kacang, serai dan ulaman. Kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.

  2. Akhir sekali, masukkan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalau kurang garam tambahkan sedikit garam dan Ajinomoto.

  3. Sedia untuk disantap bersama. ** Kalau nak makan dengan sambal belacan pun sedap!

    open-uri20151010-29872-tmx5iu