Resepi Talam Keladi Berlauk

 Dihantar Oleh Pada 28 February, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 4 segi 10 inci / 4 orang makan
Description

Resepi ambil dari internet + arwah mak mertua punya style. sesuai utk minum petang.

Share:
Bahan-bahan
  • 450 ml santan
  • 250gm keladi (dipotong dadu kecil2)
  • 250gm tepung beras
  • 50gm udang kering ( goreng tanpa minyak & kisarkan)
  • Sos Cili
  • 3 biji cili merah (dicincang @ hiris nipis)
  • 4 tangkai daun sup @ daun bawang (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Bawang Goreng
Cara-cara
  1. Keladi dipotong kiub dan dikukus sampai empuk. Sejukkan, susun dalam loyang.

  2. Sementara itu, masukkan tepung beras kedalam santan + garam dan dikacau sebati.

  3. Akhir sekali masukkan sedikit hirisan cili, daun sup/bawang & 1 sudu besar udang kering yang sudah dikisar kedalam bancuhan santan tersebut

  4. Siramkan bancuhan santan & tepung itu kedalam loyang berisi keladi.

  5. Kukus selama 30 minit. (kalau selepas kukus masih lembik/cair, bakar dalam oven selama 20 min (api atas bawah) suhu 180 darjah celcius. Selamat Mencuba.

  6. Disejukkan sebentar. Sapu sos cili pada permukaan kuih, taburlah lebihan cili merah yang dipotong, daun sup/bawang, bawang goreng & udang kering. Potong dulu pun boleh sebelum ditabur topping tu.

Tags 
  •   kuih
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua