Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

 Dihantar Oleh Pada 24 February, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

lauk kegemaran pak mertua,..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
  • 10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sebatang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • semangkuk santan/500ml
  • garam dan perasa secukupnya
  • sedikit garam halus dan serbuk kunyit
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)
Cara-cara
  1. ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.

  2. tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.

  3. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)

  4. masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.

  5. lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss....

Tags 
  •   ikan
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua