Dihantar Oleh Pada 22 February, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ramai bleh makan
Description

hidangan wajib arwah emak di Hari Lebaran. sambalnya boleh dibuat 2,3 hari sebelum Raya. Mak buat banyak..tp, xkisah coz bapak yg tolong tumbuk dgn lesung kayu yg besar tu..nmpak very loving sgt....

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo kacang tanah
  • 30 tangkai cili kering - dibelah dgn gunting memanjang utk buang biji (bkn potong)
  • 15 biji bawang merah yg kecil2 tu..
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 cm persegi belacan - digoreng dgn sedikit minyak hingga wangi
  • beberapa ketul cekur
  • 1 sudu 'asam jawa extra' kalau yg berbiji tu,kena lh buang biji nya
  • garam n gula secukup rasa.
  • bahan sayuran;
  • pucuk ubi, tauge, kangkung, betik muda, kobis kacang panjang dll - dipotong2 & dicelur
  • beberapa keping tahu - digoreng
  • timun & sedikit daun cekur(opt) - dihiris
Cara-cara
  1. goreng kacang hingga ranggup, pastu goreng cili & bawang2.semasa masih panas, tumbuk bersama cekur,garam & belacan.boleh juga dimesin dgn blender. tp lebih sedap ditumbuk sbb ia akn jadi sebati, & sebahagian kacang telah keluar minyaknya sehingga sambal pecal tu bleh dikepal.

    open-uri20151010-29872-1sen4t3
  2. simpan sambal, bila nk makan, ambil semangkuk & dibancuh dgn air panas,bancuh pekat2 coz bila dh brcampur sayur2 nnti,air sayur akn mencairkn sikit sambal tu.

  3. curahkan sambal keatas sayur2 yg disukai

Komen