Resepi Meat Pie

 Dihantar Oleh Pada 17 March, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20-24 biji
Description

Resepi ni dpt dari tv... dah cuba pagi tadi, sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • 1 sk minyak zaitun
  • ½ bawang besar (saiz kecil), dicincang
  • 250g daging, dicincang
  • 1 sb tomato paste
  • ½ cawan sayur campuran (frozen)
  • ½ cawan beef stock
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 cawan mashed potatoes
  • 3-4 keping puff pastry
Cara-cara
  1. Untuk pastry

    Panaskan oven pada suhu 170C. Potong puff pastry dgn cookies cutter yg bulat (8-10cm) kemudian masukkan puff pastry yg dipotong kedalam muffin tins. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dan diketepikan.

  2. Untuk Inti

    Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan daging, goreng sehingga masak. Masukkan tomato paste, sayur campuran, stock, garam dan lada hitam. Masak dgn api kecil sehingga kuah jadi pekat. Biar sejuk sikit sebelum isi dlm pastry.

  3. Ambil 1 sb inti daging, masukkan ke dlm puff pastry yg telah dibakar. Kemudian, letak 1 sb mashed potatoes ke atas inti daging tadi.

  4. Taburkan sedikit lada hitam di atas, klu suka boleh bakar dlm oven (200C) selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua