Resepi Seafood Tom Yam

 Dihantar Oleh Pada 15 March, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 - 5 orang
Description

Masakkan negara Gajah Putih yg popular kat Tanah Melayu.......

Share:
Bahan-bahan
  • 7 - 8 ekor udang besar/udang galah
  • 2 ekor ketam besar, dibersihkan dan potong dua setiap ekor
  • 1 batang lobak merah, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 8 biji cendawan butang dalam tin, belah dua
  • Bunga kobis secukupnya, kuantiti bergantung pada masing2
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 10 biji cili padi siam, diketuk
  • 2 biji bawang besar, belah 4 setiap satu
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 kiub pati tom yam "Maggi"
  • 1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
  • 5 biji limau kasturi, diambil jusnya
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap biji
Cara-cara
  1. Didihkan air kurang lebih 1 liter, masukkan semua bahan2 diatas kecuali, ketam, udang, jus limau dan garam/gula. Biar mereneh kurang lebih 10 minit.

  2. Masukkan udang dan ketam. Perasankan dgn sedikit garam dan gula (jika perlu), dan akhir sekali masukkan belahan tomato dan jus limau kasturi. Biarkan mendidih utk 5 minit. Angkat dan hidangkan...

  3. PERHATIAN:- Boleh juga ditambah dgn sotong, daging ikan dan juga sayur2 lain seperti putik jagung dan saleri.