Resepi Makaroni Bakar

 Dihantar Oleh Pada 14 March, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 biji
Description

Boleh menggunakan pelbagai jenis "pasta".

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 300 g udang hidup, dibersihkan
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • 1 tangkai cili hijau, dihiris
  • 50 g cendawan butang, dihiris nipis
  • 100 g parutan keju cheddar
  • 1/2 cawan potongan daun kucai
  • BAHAN2 KASTARD:-
  • 5 biji telur gred A
  • 200 ml susu cair
  • 2 camca besar mentega cair
  • 2 camca teh tepung gandum
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh serbuk lada sulah
Cara-cara
  1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan2 kecuali bahan2 untuk kastard. Gaul rata dan ketepikan.

    open-uri20151010-29872-1b5rnce
  2. Dalam bekas lain, satukan bahan2 utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk.

    open-uri20151010-29872-lzzdb0
  3. Satukan kastard ke dalam No.1. Gaul rata. dan isikan ke dalam acuan muffin berlubang 12 (berisipadu 1/2 cawan setiap satu lubang) yg telah disapu dgn mentega. Isi hingga penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C. Hidangkan bersama sos cili.

    open-uri20151010-29872-y5ncgk