Dihantar Oleh Pada 07 February, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2
Description

resepi cheesecake ni memang digemari keluarga saya. setiap minggu saya disuruh buat cheesecake ni tanpa rasa jemu!sesuai untuk semua peringkat umur...cuba cubalah...kalau terlupa hari jadi sesiapa ke, boleh buat kek emergency ni!

Share:
Bahan-bahan
  • Base cheesecake: - *1 paket oreo( dihancurkan dgn batu lesung pun ok jugak! sampai jadi powder) *125 gm mentega ( brand buttercup kalau ada. kalau tak ada, brand lain pun ok tapi mesti 'unsalted') * 2 sudu besar gula
  • cheesecake:- *1 paket philadelphia cheese(250gm. cheese ini terbaik untuk segala macam cheesecake) *120gm gula halus *7-8 keping oreo dipecahkan kasar kasar (terpulang kepada citarasa masing masing. mereka yang tak suka terlalu banyak oreo tak payah letak
Cara-cara
  1. 1) untuk base cheesecake, gaulkan oreo powder tadi dengan mentega dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang bulat yang boleh dibuka dari tepi diletakkan kertas alas kek sebelum masukkan mixture tadi. 2)mixture tadi dimasukkan ke dalam fridge sementara anda siapkan cheesecake mixture pulak. 3) pukul philadelphia cheese,1/2 tin cream, gula,air gelatin tadi( untuk kentalkan cheesecake. kalau cheesecake terlebih keras, itu maknanya anda terletak gelatin berlebihan) dan akhir sekali kepingan oreo digaul sebati. 3) campurkan cheese mixture itu dengan base yang di dalam fridge tadi. simpan kek ke dalam fridge selama sekurang-kurangnya 3 jam. boleh dihias buah buahan ke atas kek ataupun whip cream ikut suka hati anda lah! lol selamat mencuba.. semoga keluarga anda suka dan meminta anda buatnya berkali kali!