Ayam Masak Kari

Resepi Ayam Masak Kari

 Dihantar Oleh Pada 01 February, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: seisi keluarga
Description

Resepi sendiri

Share:
Bahan-bahan
  • 1. 1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 2. 1 mangkuk santan
  • 3. 1 bungkus kecil serbuk kari Babas
  • 4. 1/2 inci halia - dihiris halus
  • 5. 5 sudu besar Cili giling
  • 6. 1 bungkus kecil Bahan Penumis (bunga lawang + bunga cengkih+ kulit kayu manis-buah pelaga)
  • 7. 3 batang serai - dititik
  • 8. sedikit daun kari
  • 9. Minyak -utk menumis
  • 10. Garam- secukup rasa
  • 11. sebuku kecil kiub ayam maggi
  • 12. 1 ulas bawang besar -di mayang halus
  • 13. 3 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 14. Air asam jawa
  • 15. 5 biji kentang - dipotong 4
Cara-cara
  1. 1. Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga kuning, masukan cili giling, serbuk kari, serai, daun kari, halia dan bahan penumis hingga naik bau dan garing dengan api yang perlahan.

  2. 2. Masukan air asam jawa, ayam dan kentang masak hingga ayam separuh masak dan kentang separuh masak kemudian masukkan santan dan garam kacau hingga sebati dan masak sepenuhnya dan boleh dihidang.

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen