Resepi Karipap Inti Sardin Dan Kentang

 Dihantar Oleh Pada 22 January, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: dlm 35biji
Description

mempelbagaikan resepi karipap yg sedap! sekali hadap je licin nih =)

Share:
Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis
Cara-cara
  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.

  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau

  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak

  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)

  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.

  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..

  7. bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap.

    open-uri20151010-29872-1sv3xsz
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua