Dihantar Oleh Pada 20 January, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: utk 2 org mkn
Description

masakan ni reka sendiri2 aja..tengok2 sedapp

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji telur ayam
  • bahan2 utk sos
  • 2 sudu besar sos cili + sedikit air
  • 2 sudu besar sos tomato (jika tiada guna aja 2 biji tomato dan perahkan airnya)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji bawang besar (blend)
  • 5 ulas bawang putih (blend)
  • 1 daging burger ayam (cincang)
  • 1/2 btg carrot (hiris halus)
Cara-cara
  1. pukul telur dan masukkan garam n lada hitam.goreng telur mcm biasa. (mcm goreng telur dadar)

  2. angkat telur yg digoreng dan letak dlm pinggan.

  3. panaskan minyak.goreng daging burger yg dicincang halus bersama carrot smpai masak.

  4. dlm kuali yg ada beger digoreng tumis bawang besar n bawang putih(blend) smpai naik bau.

  5. kemudian, masukkan 2 sudu besar sos cili n 2 sudu besar sos tomato n sedikit air. (kalau nak kuah banyak tambah la sedikit air).

  6. kacau biar sebati dan masukkan 1 sudu besar sos tiram.kacau lagi sampai semua sebati.

  7. dah siap.tuangkan atas telur yg digoreng td.siap utk dimakan!

Komen