Resepi Ayam Salai Simple

 Dihantar Oleh Pada 15 January, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Simple dan sedap. Hubby suka sgt. 30 minit sahaja masak guna non stick pan. Selamat mencuba.

Share:
Bahan-bahan
  • 10 keping isi ayam yg dipotong nipis
  • 5 sudu besar madu
  • 5 sudu besar kicap pekat manis
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk halia
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • sedikit minyak masak
Cara-cara
  1. Basuh ayam dan kelar depan belakang supaya cepat masak.

  2. Gaul semua bahan bersama kepingan ayam tadi dan biar seketika selama 10 minit.

  3. Panaskan minyak dalam non stick pan. Apabila minyak telah panas, masukkan kepingan ayam tadi.

  4. Alih-alihkan ayam sehingga masak. Gunakan api sederhana sahaja.

  5. Sedia dimakan bersama sos BBQ dan kentang goreng. Selamat mencuba.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua