Dihantar Oleh Pada 08 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Sekali rasa macam sup ayam tapi sebenarnya sup "ikan".

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan jenahak/tebal pipi atau ikan merah
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan
  • Bahan Rempah:
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 1 keping hirisan nipis lengkuas* (*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah sup "Adabi"
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan, dipotong ikut suka dan perap dengan limau dan garam untuk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.

  2. Satukan bahan-bahan kisar dengan rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yang dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.

  3. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

  4. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. (Maaf dalam gambar bekalan daun sup/bawang dan bawang goreng saya kehabisan)...