Dihantar Oleh Pada 07 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 org makan
Description

Dapat resipi ni dari blog Zu...saya makan dengan nasi ayam. Sedap dan ringkas.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - potong 4
  • 100ml air
  • 150ml sos tiram
  • 50gm gula perang
  • 2 sudu besar rempah 5
  • 1 ulas bawang putih besar - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • Garam
  • Bijan
  • Minyak bijan
Cara-cara
  1. Gaul ayam dengan garam.

  2. Dalam periuk, didihkan air, sos tiram, gula, rempah 5, bawang putih dan halia.

  3. Tuangkan sos atas ayam, perap 10 minit. Kemudian balikkan ayam dan perap lagi 10 minit.

  4. Tabur bijan dan percikkan minyak bijan atas ayam dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

  5. Lebihan sos perap tadi, didihkan semula, tambah sedikit air. Boleh dijadikan pencicah untuk ayam tadi.

  6. *Jika suka, masak nasi seperti nasi ayam biasa dan makan dengan ayam bakar ni bersama sos cili dan timun/tomato..jadilah nasi ayam panggang..

Komen