Resepi Nyonya Laksa

 Dihantar Oleh Pada 06 March, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

Dari dapur peranakan cina selat

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee laksa kering, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak makan.
  • 1 biji timun, diracik halus
  • Segenggam daun kesum, dimayang
  • 10 biji limau kasturi, dibelah dua
  • 5 biji cili merah ditumbuk dgn 1 inci belacan bakar hingga lumat
  • Isi kerang dan udang rebus serta taugeh secukupnya
  • BAHAN2 UNTUK KUAH:-
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair (perahan kedua)
  • 5 biji buah keras*
  • 5 batang serai*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 15 ulas bawang merah kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci belacan, dibakar*
  • 12 tangkai cili kering, potong dan celur dgn air panas, toskan*
  • 1/2 camca teh lada sulah*
  • 1 camca besar serbuk ketumbar*
  • 50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
  • Segenggam daun kesum
  • 3 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 3 ekor ikan kembung besar, kukus dan ambil isinya, hancurkan
  • 10 biji tauhu "pok", dipotong dua
  • 2 keping "fish cake", dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  1. Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.

  2. Bila mendidih, masukkan isi ikan, daun kesum, bunga kantan, asam gelugor, fish cake dan tauhu pok. Biarkan menreneh kurang lebih 20 minit. Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mereneh pada api perlahan utk 10 minit lagi, sambil dikacau selalu. Matikan api.

  3. CARA MENGHIDANG:- Dalam mangkuk, bbuh mee laksa, diikuti taugeh dan timun, curah kuah, bbuh bahan2 sampingan lain seperti sambal belacan, limau, udang/kerang dan taburkan dgn hirisan daun kesum.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua