Dihantar Oleh Pada 06 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 0rang makan kot!
Description

Tersangatlah senangnya, resipi dari seorang kawan.

Share:
Bahan-bahan
  • 250gm cendawan butang
  • Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya, terpulang kepada selera masing-masing sama ada nak guna perasa asli atau pedas (tepung Kentucky)
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Bersihkan cendawan dan potong setiap cendawan kepada 4 bahagian.

  2. Pukul telur hingga sebati, masukkan ke dalam bekas yang berisi cendawan tadi, gaul rata. Sementara itu bolehlah panaskan minyak.

  3. Masukkan tepung goreng ayam serbaguna, gaul hingga semua cendawan diselaputi tepung.

  4. Goreng hingga kekuning-kuningan.

  5. Bolehlah dihidangkan...sesuai dimakan begitu saja atau bersama-sama dengan nasi...ummmph sedap sedap.

Komen