Resepi Kuih Limas

 Dihantar Oleh Pada 30 December, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 14 bekas
Description

lebih kurang mcm tepung pelita, tapi menggunakan tepung gandum dan dikukus...sedap dimakan bila2 masa....

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan untuk lapis bawah ( HIJAU ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan dan sedikit pewarna hijau
  • 7 sudu besar tepung gandum
  • Cara : - Kisar daun pandan dengan santan cair dan tapis, masukkan tepung gandum dan tambah warna hijau jika perlu dan kisar lagi untuk sebatikan. Ketepikan.
  • Bahan untuk lapis atas ( Putih ) :
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 - 3 sudu besar tepung gandum
  • teh garam secukup rasa
  • Cara : - Kisar semua bahan untuk sebatikan dan ketepikan. ( Jika tak guna pengisar untuk sebatikan, adunan perlu ditapis supaya tak berketul.)
  • *******Gula pasir secukupnya untuk dijadikan lapisan air gula.
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus .

  2. Letakkan 1 sudu kecil gula pasir dalam bekas acuan dan tuang adunan lapisan bawah ( WARNA HIJAU ). Agak2 setengah bekas. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana .

  3. Kemudian tuang adunan atas ( PUTIH ) dan kukus lagi selama 10 minit. Sedap dimakan ketika panas atau sejuk.

Tags 
  •   kuih
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua