Resepi Roti Sandwich

 Dihantar Oleh Pada 05 March, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 biji
Description

roti bentuk sandwich. Intinya boleh dipelbagai mengikut citarasa sendiri. Sesuai juga dijadikan sebagai roti burger

Share:
Bahan-bahan
  • 130ml air
  • 175g tepung roti warna putih
  • 25g tepung roti warna perang
  • 3g butter
  • 10g gula
  • 12g mentega
  • 3g dry yeast
  • *sedikit butter utk sapu
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting untuk doh.

  2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 5 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.

  3. Ambik sebiji, tumbuk-tumbuk untuk keluarka angin. Canaikan seperti dalam gambar. Kemudian sapukan butter ditengahnya.

    open-uri20151010-29872-1pu0hmn
  4. Lepas tu lipat roti kepada dua. Ulang sampai habis.

    open-uri20151010-29872-169rm5o
  5. Kemudian penaikkan sehingga dua kali ganda atau selama lebih kurang 30 minit.

    open-uri20151010-29872-11oncdj
  6. Bakar dengan suhu 200C selama 10 minit. Beginilah rupa roti setelah siap dibakar

    open-uri20151010-29872-1o2flfm
  7. Roti ni sesuai di isi dengan apa saja yang disukai.. mengikut selera masing-masing. Makan dengan aiskrim pun sedap..

    open-uri20151010-29872-sbh0j3
  8. Sedap juga dimakan dengan salad + cheese

    open-uri20151010-29872-15fey1a
  9. NOTE: Texture roti ni kasar sikit sebab guna tepung warna perang. Kalau tak suka boleh guna semua tepung warna putih.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen