Dihantar Oleh Pada 22 December, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan:  lebih kurang 30biji - terpulang pada saiz
Description

Lembuuuttttt, sedap dimakan panas2 . . Rspi nie asal nya dpt dr sorang kwn, trima ksih byk2 krna sdi shre ye . . ^_^

Share:
Bahan-bahan
  • 600 gm tepung gandum
  • 80 gm marjerin
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 1 paket yis
  • Air suam secukupnya
  • Gula kastor - untuk menggaul
  • MInyak - untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Air suam dicampur dengan gula, susu dan yis. Biar sampai kembang.

  2. Gaul tepung, marjerin dan telur. Masukkan bancuhan yis tadi, gaul sebati.

  3. Tambahkan air suam sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang licin, perapkan selama 20-25minit.

  4. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang dikehendaki.

  5. Bentukkan bebola tersebut menjadi donat dengan menebuk lubang ditengah-tengah.

  6. Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan naik lebih kurang 20-25 minit lagi.

  7. Goreng hingga masak, bila agak suam barulah gaulkan dengan gula kastor.