Resepi Agar - Agar Roti

 Dihantar Oleh Pada 21 December, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang saiz 22 cm
Description

hidangan pencuci mulut yang senang dibuat......dan sedappp tau...sesuai dimakan bila2 masa...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  • 6 cawan air
  • 200 gm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.

  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.

  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.

  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.

  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.

  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

    open-uri20151010-29872-1l7bez7