Resepi Nasi Kari Ayam

 Dihantar Oleh Pada 21 December, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

resipi rekaan sendiri

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ulas bawang merah dimayang
  • 1 ulas bawang putih dimayang
  • rempah 3 beradik ( bunga lawang, bunga cengkih n kulit kayu manis)
  • 2 camb serbuk kari ayam/daging
  • garam secukup rasa
  • 1 keping dada ayam, dihiris serong dgn ketebalan 2cm
  • 2 cawan beras
  • 1 camt serbuk kunyit
  • air untuk tanak nasi mengikut sukatan beras masing2
  • 2 camb minyak sapi untuk menumis
Cara-cara
  1. Beras dibasuh dan ditanak dgn air seperti masak nasi biasa. Masukkan sekali serbuk kunyit dan sedikit garam. Biarkan mendidih.

  2. Gunakan kuali berasingan, cairkan minyak sapi, tumis hirisan bawang n rempah 3 beradik sehingga naik bau.

  3. Masukkan serbuk kari yg telah dicampur sedikit air (pes kari). Masak sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan ayam dan masak sehingga separuh masak.

  5. Masukkan kari ayam tadi ke dalam periuk nasi yg sedang mendidih. Tanak nasi sehingga masak.

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen