Dihantar Oleh Pada 05 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15-20 keping
Description

Sedap dan lembut. Sesuai untuk minum petang

Share:
Bahan-bahan
  • 125 gm gula merah (1 cawan) masak dengan 2 cawan air hingga hancur dan sejukkan.
  • 250 tepung gandum (2 cawan 1/2)
  • 40 gm gula pasir (lebih kurang 1/4 cawan)
  • 40 gm tepung sagu (lebih kurang 3/4 cawan)
  • 1 sudu makan air kapur
  • kelapa parut muda digaulkan dengan secubit garam.
  • sesudu minyak
  • 2 cawan air
Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula dengan air dan kacau rata.

  2. Tambahkan sesudu air kapur. Ia akan bertukar sedikit kuning.

  3. Masukkan campuran air gula merah dan kacau.

  4. Tapiskan adunan dengan penapis kelapa ke dalam bekas lain.

  5. Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang. Panaskan kukusan. Kukus selama 5-10 minit.

    open-uri20151010-29872-1l5n09k