Resepi Laksa Kuah Putih

 Dihantar Oleh Pada 01 December, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: laksa 1kg, untuk 5 org makan..
Description

percubaan yg pertama.. senang aje rupanya.. resepi dr mak n mak mertua, saya satukan di dlm resepi ini..

Share:
Bahan-bahan
  • bawang merah/besar
  • bawang putih
  • halia
  • lada hitam
  • belacan
  • asam jawa/ limau
  • santan
  • 5 ekor ikan selayang/sardin yg direbus dan air rebusan di asingkan..
  • kacang panjang
  • timun batang
  • taugeh
Cara-cara
  1. rebuskan ikan selayang/sardin dan di ambil air rebusannya..ikan tadi di buang tulangnya dan ditumbuk lumat.. asingkan..

  2. bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam, ditumbuk lumat..

  3. campurkan air rebusan ikan tadi ke dlm santan dan masak sehingga mendidih..masukkan sedikit garam..

  4. setelah santan mendidih, masukkan isi ikan yg ditumbuk lumat serta bwg merah, bwg putih, halia dan lada hitam yg juga ditumbuk lumat tadi..

  5. kacau sehingga mendidih dan masukkan sedikit belacan dan air asam jawa..

  6. setelah siap kuahnya, kacang panjang, timun batang, dipotong halus dan ditabur ketika hendak makan..jika ingin lebih masam, perahkan sedikit limau..dan jika hendak pedas lagi, potong kecil cili padi..

  7. kebiasaannya, cili boh, garam dan belacan di sediakan bersama ketika hidangan kerana setiap org mempunyai citarasa yang berbeza..bhn2 itu boleh ditambah ketika hendak menjamu selera..

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua