Resepi Kek Coklat Moist (Bakar)

 Dihantar Oleh Pada 24 November, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Bahan Kek
Description

Resepi baru ..rasanya sama sahaja dengan yang orang jual kat mana2...cubalah...

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 penutup vanila essence
  • secubit garam
  • 3 cawan gula
  • 3 cawan minyak jagung
  • 2 cawan air panas
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING
  • 1 penutup vanila essence
  • 2 1/2 sude besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan susu segar full cream
  • 7 Sudu serbuk koko
  • 6 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Ayak tepung tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonat & garam.

  2. pukul telur,gula, minyak, dan vanilla essence

  3. campur bahan no. 1 dan no. 2 smpai sebati..

  4. akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau

  5. masukkan ke dalam loyang

  6. bakar dalam oven 185 'C selama 45-50 minit.....

  7. ambil lidi dan tengok adunan masih melekat atau tidak.. jika masih melekat..tambah bakar lebih kurang 10 minit lagi...@ sehingga adunan betul2 masak

  8. Untuk Topping.. Campur semua bahan tadi kecuali tepung jagung...

  9. Ambil sedikit susu dan larutkan tepung jagung bersamanya... Panskan bahan tadi ... Bila semua bahan mula masak, tmbah sedikit demi sedikit larutan tepung jagung sehingga pekat...