Dihantar Oleh Pada 28 June, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 cup
Description

simple custard pudding-oven style

Share:
Bahan-bahan
  • **Karamel**
  • 30g gula
  • 30cc(ml) + 1 sb air
  • **Kastad**
  • 400cc(ml) susu segar
  • 60g gula
  • 3 biji telur
  • beberapa titik esen vanila
Cara-cara
  1. Karamel: Masukkan gula dan 30cc air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tambahkan 1 sudu air. Kemudian masukkan ke dalam pudding cup.

  2. Dalam mangkuk pula, masukkan telur dan kacau.

  3. Dalam periuk pula, letak gula, susu dan esen vanila. Panaskan sehingga jadi lebih kurang warna kulit manusia.

  4. Kemudian letak susu tadi ke dalam mangkuk telur dan kacau. Pindahkan pula ke dalam mangkuk lain untuk jadi lebih lembut dan mengurangkan buih.

  5. Masukkan sebatian tadi ke dalam pudding cup.

  6. Masak dengan oven selama 30-35 minit dgn suhu 160C. Dalam dulang oven perlulah dimasukkan air suam.