Resepi Daging Masak Lemak Cili Api

 Dihantar Oleh Pada 28 February, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 famili kecil
Description

Masakan ibu

Share:
Bahan-bahan
  • 300gm daging, ayam pun boleh
  • 1 mangkuk santan
  • 2 biji bwg merah, dikisar
  • 1 ulas bwg putih, dikisar
  • 1/2 inci halia, dikisar
  • 10-15 tangkai cili api, dikisar...kalu nk pedas tambah lagi!
  • 2 biji kentang bersaiz kecil
  • 1 btg serai
  • asam keping
  • garam secukup rasa
  • kiub ayam, jika suka.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan kisar, daging, serai, asam keping, garam dan serbuk kunyit ke dalam periuk dengan api yang sederhana...biarkan daging empuk, dan keringkan airnya. Sekiranya daging masih tidak empuk tetapi air di dalam periuk telah kering, tambahkan air.

  2. sementara menunggu daging empuk, bolehlah di masukkan kentang.

  3. setelah daging dan kentang empuk, masukkan santan, kacau dan tunggu hingga mendidih. hidangkan!

  4. enak di makan bersama nasi...jika ada extra kuah masak lomak mlm tadi, mmm... boleh lah dijadikan kuah untuk mencicah roti canai atau jemput2 bawang untuk hidangan breakfast...pasti terangkat! cubala cara org Rembau!

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua