Dihantar Oleh Pada 27 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 org makan
Description

Dapat dari majalah Rasa keluaran tahun lepas. Sangat mudah dan cepat disediakan.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 cawan air suam
  • 2 biji bawang putih
  • 1.5 cm halia
  • Ayam atau kentang dipotong dadu (direbus dahulu beberapa minit)
  • Ikan bilis goreng
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara-cara
  1. Nasi dan air dimasukkan dalam pengisar dan dikisar (jangan terlalu hancur dan jangan terlalu kasar - biar sedang-sedang je rupanya).

  2. Halia dan bawang putih ditumbuk lumat dan tumis hingga naik bau.

  3. Masukkan ayam atau kentang atau boleh digunakan kedua-duanya sekali. Kacau rata.

  4. Kemudian masukkan nasi yang telah dikisar dengan air. Dalam gambar saya tu terkurang air. Jadi, kalau terkurang air boleh la ditambah air lagi. Airnya boleh diubahsuai ikut kehendak hati masing-masing. Kalau nak bubur tu pekat, kurangkan air, kalau nak bubur tu berkuah atau berair tambah la air lebih.

  5. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan bubur dah pun siap.

  6. Untuk menghidang, taburkan ikan bilis, daun sup dan bawang goreng untuk rasa yang lebih enak.