Dihantar Oleh Pada 27 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org kot
Description

Bertambah lazat dengan bergedil.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup bunjut Adabi
  • Bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
  • Nasi impit Adabi - rebus je yang plastik
  • Suhun - digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • [Bahan Kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
Cara-cara
  1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya (untuk memberikan lebih rasa). Kalau tak suka tak payah le bukak tapi nanti rase macam kuah sup ayam je.

  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yang direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yang telah ditumbuk tadi.

  3. Ayam yang direbus tadi, digoreng dengan sedikit gaulan kunyit/garam.

  4. Selepas goreng, carikkan ayam macam gambar di atas. Ayam carik siap.

  5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.

  6. Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yang same macam kat pautan ni.

  7. Akhir sekali, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.

  8. Hiaslah soto dengan carikkan ayam di atasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.