Resepi Kari Telur

 Dihantar Oleh Pada 10 October, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Dah bosan dengan daging dan ayam. Ikan, takder stok, tapi nak makan kari....telur pun boleh lah...sedap jugak.....

Share:
Bahan-bahan
  • *1 biji bawang besar, cincang halus
  • *3ulas bawang putih, ketuk/belah kasar
  • * 1 lembar daun kari, di lurut
  • 1/2 camca teh rempah tumis ikan
  • 2 sudu makan rempah kari ikan (saya guna babas)
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • 2 biji lada hijau
  • Sedikit minyak masak
  • 3 biji telur rebus
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, masukkkan rempah tumis, kacau sedikit dan masukkan bahn yang bertanda *. Tumis hingga bawag layu dan naik bau.

  2. Masukkan rempah kari, dan kacau hingga wangi. (Rempah cepat hangus, kacau rata dengan cepat) Masukkan air dan juga kentang.

  3. Bila kentang setengah empuk, masukkan santan, tomato dan lada hijau.

  4. Akhir sekali masukkan telur, dan biar mendidih dan semua bahan masak. Bubuh garam sesedap rasa.

  5. Siap untuk dihidang dengan nasi panas, bendi goreng rangup dan papadom....yum! yum!

Komen