Resepi Ayam Masak Lemak Kuning

 Dihantar Oleh Pada 13 September, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan
Description

gulai lemak 3 rasa...

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ketul ayam (saiz ikut kesesuaian orang yang nak makan)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai dititik
  • secawan pati santan
  • secawan air
  • 1 keping asam keping
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam. Kupas bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.

  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan kunyit ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat.

  3. Sesudah lumat, masukkan bahan tersebut ke dalam periuk bersama secawan air, sekeping asam keping dan ayam.

  4. Sesudah mendidih, kecilkan api dan masukkan santan serta daun kunyit. Kacau sentiasa supaya tak pecah santan.

  5. Setelah mendidih, tutup api dan hidangkan.

Tags 
  •   ayam
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua